Latar Belakang GangSTAR Bikers


GangSTAR Bikers telah diilhamkan dan ditubuhkan pada tahun 2017 dengan nama Overdose Bikers oleh Uncle Tom; seorang ahli perniagaan yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri retail, pemasaran dan pengurusan juga seorang biker. Berpendidikan ijazah dan sarjana muda di dalam bidang perniagaan dan pemasaran dari universiti di jepun dan berpengalaman bekerja di sektor kerajaan; MITI sebelum memulakan perniagaan sendiri. Pada pengakhiran 2018, Overdose Bikers ditukarkan kepada GangSTAR Bikers. Kedua-dua Overdose dan GangSTAR adalah jenama berdaftar dengan MyIPO.


Uncle Tom


GangSTAR, STAR merujuk kepada geng artis dan selibriti. Asalnya group biker ini dahulu adalah group escort artis-artis ke show-show. Artis utama yang juga merangkap penasihat kehormat Gangstar Bikers adalah Atok Blank Gamma, Presiden Rock Kapak Malaysia. Vokalis kumpulan Rock Kapak popular pada era 80~90an. Antara lagu-lagu hit kumpulan Gamma yang masih jadi siulan sehingga kini ialah Bahang Asmara dan Kembang Terhalang. Boleh follow dan Like Page Atok Blank Gamma kita di FB BLANK GAMMA.


Atok Blank Gamma

Uncle Tom dan Atok Blank adalah individu utama yang telah menaikkan nama GangSTAR Bikers. Atok Blank juga sebagai DUTA GangSTAR Bikers biasa mempromosikan jenama GangSTAR setiap kali diundang membuat persembahan-persembahan di event-event. Memakai Baju GangSTAR dan menunggang motor bersama-sama rakan bikers, termasuk Uncle Tom.




Gangstar Bikers sekarang adalah sebuah kumpulan berjenama komersil dengan produk-produk merchandising sendiri. Objektif Gangstar Bikers adalah menjadi sebuah group jaringan bikers seluruh malaysia yang perkasa dari segi ukhwah, etika dan ekonomi.


Di antara produk-produk merchandising Gangstar ialah pewangi Perfume Designer (direkabentuk oleh Master Perfumer tempatan berpengalaman) iaitu pewangi badan (bertaraf eau de parfum), pewangi kereta, pewangi rambut, semburan wangi, baju cotton & microfibre, sticker, patches, head scarf, vest, jeket dan sebagainya.


Kembali ke Laman Utama